17 PATI dicekup Ops Belanja, Ops Sapu di KK

KOTA KINABALU: Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam Ops Belanja dan Ops Sapu yang dilancarkan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah di sekitar Kota Kinabalu  malam tadi.

Operasi bermula jam 7.30 malam hingga 11.50 malam itu digerakkan Unit Operasi Imigresen Kota Kinabalu dengan kekuatan 20 pegawai, meliputi tiga lokasi tumpuan dan membabitkan pemeriksaan tiga premis.

Hasil operasi, 38 individu diperiksa terdiri daripada warganegara Malaysia serta warga asing dari Filipina, Indonesia dan Pakistan. Daripada jumlah itu, 17 PATI ditahan kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 bawah Seksyen 6(1)(c) — tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan atau pas yang sah.

Menurut sumber, tangkapan membabitkan 8 lelaki dewasa dan 9 wanita dewasa, terdiri daripada 15 warganegara Indonesia dan 2 warganegara Filipina. Kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Papar ke untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.

Imigresen Sabah menegaskan, operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi membanteras kehadiran PATI dan memastikan pematuhan undang-undang imigresen demi keselamatan serta kesejahteraan negeri.