KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan kajian sistem kereta api baharu menghubungkan Putatan–KKIP–Pelabuhan Sepanggar yang disifatkan penting untuk hala tuju pengangkutan rel Sabah.
Ewon berkata kajian itu akan membantu meningkatkan konektiviti antara kawasan perindustrian dan pelabuhan, selain menyokong pembangunan logistik negeri.
Beliau turut menekankan kepentingan memastikan Projek Kereta Api Trans Borneo mengambil kira keperluan Sabah.
Menurutnya, kerajaan juga menyokong kajian semula kadar tambang dan peningkatan aset rel bagi menambah baik perkhidmatan JKNS yang kini mencatat hasil sekitar RM1.2 juta setahun.
Sementara itu, Pengarah JKNS, Mohammad Safri berkata, Kajian Trans Borneo dijangka siap akhir 2026, manakala kajian Putatan–KKIP–Sepanggar akan bermula tidak lama lagi dan siap dalam tempoh 12 bulan.
