PRN Sabah: Usaha Kerajaan Akan Musnah Jika Pembangkang Berkuasa – Hajiji Noor

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, beri amaran keras: semua program pembangunan dan pembaharuan Sabah akan musnah sekiranya pembangkang kembali berkuasa selepas PRN17 pada 29 November ini.

Menurut Hajiji, pengalaman pentadbiran Parti Warisan 2018 membuktikan tindakan terburu-buru dan dendam politik boleh merugikan rakyat.

“Mereka potong konsesi air, kerajaan rugi RM315 juta. Bukan soal rakyat, tapi balas dendam dan fitnah,” katanya.

Beliau juga menegur beberapa pemimpin yang gagal jalankan tugas semasa menjadi menteri.

“Mesyuarat pun tak datang, jalan berlubang sana sini, sekarang kata kerajaan gagal. Sebenarnya merekalah yang gagal,” ujarnya.

Hajiji mengingatkan rakyat bahawa GRS telah berjaya melonjakkan ekonomi, pendidikan, pelaburan dan kebajikan rakyat, termasuk melaksanakan inisiatif baharu di bawah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau yang bertanding di DUN Sulaman bertekad meneruskan agenda pembangunan ini jika GRS menang, memastikan rakyat terus menikmati manfaatnya.

“Daripada pilih orang lain, lebih baik pilih parti kita, GRS,” tegas beliau.