Kes Zara Qairina: Istana nafi penglibatan keluarga TYT

KOTA KINABALU : Istana Seri Kinabalu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya individu yang terlibat dalam kes yang menyebabkan kematian seorang pelajar.

Ini susulan kes kematian Zara Qairina  tingkatan satu Sekolah Menengah Tun Datu Mustapha di Papar minggu lalu, adalah keluarga Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Seri Kinabalu di sini semalam menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat fitnah yang boleh mencemarkan reputasi keluarga TYT.

Kenyataan itu meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah.

Difahamkan, kertas siasatan telah dihantar oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diperhalusi sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Kenyataan Istana Seri Kinabalu seterusnya mengingatkan bahawa penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan dibawah undang undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada pihak Polis atau kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam.