Garis panduan dicadangkan untuk Muslim tidak relevan di Sabah – Hajiji

TUARAN : Keputusan Kabinet Persekutuan membatalkan garis panduan dicadangkan bagi Muslim menghadiri acara bukan Muslim adalah langkah bijak sekali gus tidak relevan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau ingin menyatakan garis panduan dicadangkan itu tidak relevan bagi negeri Sabah.

Katanya, beliau mengambil adalah mustahil untuknya tidak menghadiri perayaan masyarakat berbilang agama dan kaum di Sabah.

“Apabila mertua saya meninggal dunia, saya memberi penghormatan terakhir di Gereja St Philips, Tamparuli.

“Itu tidak menjejaskan kepercayaan saya atau menjadikan saya kurang Muslim. Semuanya berkaitan dengan akidah kita,” katanya di sini hari ini.

Hajiji berkata, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan keadaan di tempat lain.

“Di Sabah, kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Ramai di antara kita mempunyai saudara-mara yang menganut agama berbeza-beza,” jelas Hajii.

Sementara itu, Hajiji menzahirkan penghargaan kepada masyarakat Cina kerana terus menjadi rakan dalam membangunkan ekonomi negeri.

“Bukan itu sahaja, masyarakat Cina juga telah menyumbang kepada pembangunan pendidikan, kita berterima kasih kepada mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar kita.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan jumlah besar untuk pembangunan sekolah Cina sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan pendidikan di Sabah secara menyeluruh, kata Hajiji