Task Force ditubuh, kerajaan Sabah janji tangani isu pelancongan Semporna

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menubuhkan satu task force bersepadu bagi menangani isu pelancongan di Semporna yang menjejaskan imej, keselamatan dan kelestarian industri pelancongan negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin, berkata pasukan itu diwujudkan bagi memastikan penyelesaian menyeluruh dan tidak lagi bersifat ad hoc atau reaktif.

Beliau berkata antara isu utama dikenal pasti ialah ketidakselarasan punca kuasa antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), pihak berkuasa tempatan serta Pejabat Daerah.

^Selain itu, kewujudan struktur pelancongan tidak berlesen, masalah keselamatan, kebersihan dan kelemahan pengurusan infrastruktur.

“Task force itu akan dikawal selia oleh Pembantu Menteri kementerian berkenaan, Dr Andi Rizal, dengan laporan kemajuan dikemukakan kepada kementerian setiap dua minggu bagi memastikan akauntabiliti,” katanya dalam kenyataan hari uni.

Jafry berkata kegagalan menangani isu berkenaan boleh memberi kesan bukan sahaja kepada Semporna, malah kepada keseluruhan sektor pelancongan Sabah.

Task force itu akan melibatkan pelbagai agensi termasuk MOTAC, agensi penguatkuasaan, ESSCOM, Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sabah), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Tourism Malaysia Sabah, Taman-Taman Sabah serta Pejabat Daerah Semporna.

Sebagai langkah awal, tindakan segera telah dimulakan termasuk sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan dan lawatan kerja ke Semporna bagi menilai isu di lapangan.