TONGOD: Harga bahan api di seluruh negara tidak mustahil akan diseragamkan sekiranya konflik di Asia Barat terus memuncak.
Pengerusi Kumpulan Sedco, Datuk Masiung Banah berkata, keadaan itu boleh berlaku memandangkan keupayaan kerajaan untuk mengekalkan subsidi minyak semakin terhad.
Menurutnya, kos subsidi petrol dan diesel kini mencecah RM6 bilion sebulan berbanding sekitar RM700 juta sebelum krisis tenaga global.
“Jika konflik berpanjangan, harga petroleum Sabah, Sarawak dan Semenanjung mungkin akan diseragamkan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi peningkatan kos sara hidup dan mengamalkan perbelanjaan berhemah.
