Rui Spinola kendali klinik bola sepak

KOTA KINABALU: Jurulatih pembangunan belia antarabangsa, Rui Spinola dari Australia mengendalikan klinik bola sepak di Arena Sembulan, semalam.

Lebih 20 pelatih TABS Safa Bandaraya Kota Kinabalu dan 10 jurulatihnya terbabit dalam menjayakan klinik itu yang dianjurkan Pengarah kejohanan Malaysia Borneo Football Cup 2025, Scott Ollerenshaw.

Lokman ketika ditemubual dalam selepas klinik bola sepak tersebut.

Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim berkata, klinik itu penting bagi pelatih terutama di peringkat akar umbi bola sepak Sabah kerana memberi pendedahan dan peluang kepada mereka selok-belok sukan itu.

“Ia satu insiatif yang amat baik pembangunan bola sepak akar umbi kerana ia jarang dilakukan di Sabah,” katanya.

Antara kanak-kanak yang menyertai klinik bola sepak tersebut.

Sambil mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Scott Ollerenshaw kerana menganjurkan klinik seumpama itu, beliau berkata, pelatih dan jurulatih mendapat manfaat yang baik sepanjang klinik itu.

Katanya, klinik bola sepak tersebut susulan daripada penganjuran Malaysia Borneo Football Cup 2025 di Sabah akhir bulan hadapan.

“Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada penganjur Borneo Cup  yang setiap tahun mengadakan kejohanan di Sabah,” kata Lokman.

Lokman bersama Rui Spinola bergambar kenangan selepas mengendalikan klinik bola sepak berkenaan.

Menurut beliau, sebagai tanda sokongan itu, TABS akan menghantar lapan pasukan mengikut kategori umur dalam kejohanan antarabangsa yang menjadi tumpuan itu.

Ia termasuk kategori B10 dan B18 yang buat pertama kali diperkenalkan pada tahun ini, ujarnya.