Laporan polis dibuat susulan berita palsu kematian Jaujan

KOTA KINABALU: Satu laporan polis dibuat berhubung penyebaran berita palsu mendakwa ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakung meninggal dunia.

Pemilik akaun Arbaa Tampung berkata, akaun TikTok palsu menggunakan identitinya telah menyebarkan dakwaan tersebut.

Presiden Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal mengesahkan Jaujan dalam keadaan sihat dan menegaskan penyebaran berita palsu itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.