KOTA KINABALU : Seminar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kali ke-4 anjuran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu menjadi wadah perkongsian akademik dalam usaha mengembangkan bidang STEM.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, usaha itu penting kerana bidang STEM dilihat merupakan teras utama dalam menyelesaikan sesebuah masalah pada masa hadapan.b

“Seminar STEM ini tidak hanya sebagai platform untuk pertukaran akademik, tetapi juga adalah ruang dalam meletakkan asas untuk inovasi masa depan yang boleh mengubah industri, masyarakat dan ekonomi.
“Ini merupakan peluang kita untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar, untuk menyumbang kepada perbincangan yang akan membentuk masa depan sains dan teknologi, dan mencabar diri untuk berfikir secara kritis mengenai pelbagai isu semasa dunia hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian seminar tersebut di PPST UMS.
Kasim berkata, UMS sentiasa komited dalam mengembangkan ilmu yang bukan sahaja inovatif tetapi memberi impak
“Universiti ini telah berkembang menjadi sebuah institusi terkemuka bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini.
“Programpenyelidikan dan akademik bagi menangani cabaran global dalam bidang seperti biodiversiti, sains marin dan tenaga boleh diperbaharui,” jelas Kasim.
Menurutnya, pertukaran idea, penyelidikan dibentangkan dan kerjasama dibentuk akan menyumbang kepada ekosistem pengetahuan memacu inovasi.
“Melalui inisiatif ini, kita dapat memperkasakan pelajar dan penyelidik untuk bergerak melangkaui sempadan,” kata Kasim.
