LCCC mahu Rithuan Mohd Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan disambung semula

LABUAN : Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) merayu kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) supaya jawatan Rithuan Mohd Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan disambung semula.

Presidennya, Datuk Wong Kii Yii berkata, pihaknya bersama-sama beberapa Dewan Perniagaan lain termasuk masyarakat setempat mahu Menteri di Jabatan Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha  Mustafa mempertimbangkan semula  jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang tamat pada 30 September lalu disambung semula.

Katanya, Rithuan merupakan anak jati tempatan berjaya memberikan perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada ahli-ahli perniagaan tetapi kepada masyarakat Labuan yang menyenangi sikapnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.

“Kami merayu supaya Dr. Zaliha sebagai Menteri menjaga Hal ehwal Wilayah Persekutuan supaya keputusan tidak nemperbaharui kontrak Rithuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan di kaji semula,” katanya dalam keyataan hari ini.

Wong berkata, Dr Zaliha baharu setahun memeggang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab menjaga Wilayah Persekutuan termasuk Labuan tentunya belum memahami sepenuhnya.

“Ini termasuk apa yang dilakukan oleh Rithuan dalam memenuhi tuntutan Jabatan Wilayah Persekutuan melaksanakan amanah yang di berikan.

“Namun bagi masyarakat Labuan beliau sudah pun membuktikan sebagai individu yang berpengalaman dalam usaha beliau membawa Labuan ke peringkat yang lebih tinggi,” jelas Wong.

Menurutnya, beliau menyeru agar Dr Zaliha memberi peluang kepada Rithuan untuk menjawat semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  Perbadanan Labuan untuk tempoh dua tahun lagi.

Rithuan Mohd Ismail, 56 dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa pada 1 Oktober 3022 hingga 30 September.

Bagaimanapun pada 30 September lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha memaklumkan kepada Rithuan perkhidmatannya tidak disambung semula.

Wong berkata, warga Labuan khususnya penduduk tempatan melahirkan perasan kekecewaan apabila Rithuan merupakan anak tempatan pertama dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan tetapi tidak diberi peluang meneruskan perancangannya  untuk  memajukan Labuan.