“InsyaAllah selepas pilihan raya ini, GRS akan memerintah semula,” kata Hajiji

BELURAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Telupid, Sugut serta Labuk kekal dimenangi  pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, GRS sudah hampir lima tahun

memerintah sekali gus memastikan tiga DUN di Parlimen Beluran dimenangi GRS.

“Rakyat perlu menyokong calon dari parti GRS. Kita nasihat rakyat agar tidak terlalu percaya terhadap tohmahan serta pembohongan pemimpin pembangkang yang banyak membuat fitnah.

“Kita mahu rakyat melihat ke hadapan untuk memastikan kemajuan negeri yang berterusan sekali gus menepis dakyah serta fitnah yang boleh memecahkan rakyat negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Hajiji mengingatkan rakyat agar jangan terlalu terlampau percaya terhadap tohmahan, pembohongan pemimpin pembangkang.

“Kita melihat mereka tiada kerja lain, setiap hari buat fitnah, tidur pun mereka menulis buat fitnah, jangan cerita siang hari, malam hari pun fitnah.

“Ini kita tidak mahu benarkan, kita mahu rakyat kita maju ke depan, bukan berpecah belah. Kita mahu teruskan inisiatif kejayaan GRS hari ini untuk lima tahun lagi,” jelas Hajiji.

Beliau melahirkan keyakinan selepas pilihan raya ini nanti, GRS akan memerintah semula.

“Datuk Samad Jambri tetap menang di sini, apalagi Datuk James Ratib pun tetap menang, begitu juga Datuk Jonnybone Kurum di Telupid. Kita mesti satu hati menangkan calon kita di sini,” katanya.