KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 7.24 malam, Sabtu, bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah.
Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama barisan kepimpinan negeri dan persekutuan.
Sejurus tiba, Anwar dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Industri Sabah di Magellan Sutera Resort pada jam 8 malam.
Pada Ahad, Perdana Menteri akan menghadiri beberapa majlis bersama pemimpin setempat selain mengumumkan senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sekitar jam 7 malam, sebelum meneruskan lawatan ke Tawau pada Isnin.
Turut hadir menyambut ketibaan beliau, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.
