SANDAKAN: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) membuka enam kertas siasatan susulan operasi bersepadu di dua penempatan setinggan di Sandakan pada 22 dan 23 April lalu.
Ketua Pegawai Operasi ECoS, Ridwan Saham berkata siasatan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024.
Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk mencuri elektrik, penjualan elektrik secara haram serta penyambungan tanpa kebenaran pemegang lesen.
Operasi itu turut disertai beberapa agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia serta pihak berkuasa tempatan.
Beliau berkata kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman denda dan penjara, dan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan.
Menurutnya, kesalahan yang dikenal pasti termasuk mencuri elektrik, penjualan elektrik secara haram serta penyambungan tanpa kebenaran.
Beliau berkata kesalahan tersebut membawa hukuman berat termasuk denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun.
Tambahnya, operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan sistem bekalan elektrik terus terpelihara dan bebas daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
