Stephen Asing yakin Awang Aslee bawa perubahan di Kuala Penyu

KUALA PENYU: Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort, Stephen Asing, yakin calon Barisan Nasional (BN), Datuk Awang Aslee Lakat, mampu membawa perubahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November ini.

Stephen, yang mewakili masyarakat Tatana, berkata rakyat sudah lama mengimpikan perubahan dan kini waktunya sudah tiba.

Beliau menegaskan sokongannya terhadap Awang Aslee bukan kerana latar belakang agama, sebaliknya kerana visi dan misi calon itu untuk semua masyarakat.

“Kita harus berusaha memperbaiki keadaan dan berubah mengikut keperluan rakyat,” katanya sambil mengajak pengundi membuat pilihan bijak pada hari pembuangan undi.

Menurut beliau, walaupun beliau beragama Kristian, ia tidak seharusnya menjadi kekangan untuk memberi sokongan kepada seseorang yang ingin berkhidmat dengan semua masyarakat setempat.

“Kita harus berusaha memperbaiki keadaan dan berubah mengikut keperluan yang dimahukan oleh rakyat,” tegasnya.

Beliau seterusnya mengajak rakyat membuat pilihan yang bijak dan mengundi calon BN pada hari pembuangan undi nanti.