RAGATA24 tingkat rasa cinta kepelbagaian ektnik

LABUAN: Program Rami Gawai Kaamatan 2024 (RAGATA24) dianjurkan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) mampu pupuk rasa cinta pelbagai etnik yang di negara ini.

Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata, program itu mampu meningkatkan pengalaman pelajar serta menyumbang kepada keharmonian dalam kalangan komuniti universiti.

“Perbezaan budaya dan agama  bukan penghalang untuk sama sama meraikan sambutan perayaan yang diraikan oleh etnik pelbagai kaum seperti Pesta Kaamatan dan Gawai.

“Ini lazimnya merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat etnik di Sabah dan Sarawak” katanya  merasmikan RAGAKA24 di UMSKAL, baru-baru ini.

Geoffrey berkata, program tersebut mampu memperkukuhkan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu, Pengarah Program RAGAKA24, Drusilla Jelsie Dampa berkata, lebih 100 pelajar terlibat menjayakan program dijalankan selama dua hari itu.

Katanya, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk parmeran barangan tradisional  Sabah dan Sarawak, pertandingan Sugandoi, pertandingan Mr Ragaka dan Ms Ragaka yang disertai pelajar.