Lebih 100 Ketua Sektor Awam sertai Program Diplomat Minda-Kesedaran Keselamatan Siber Negara di Labuan

LABUAN : Lebih 100 Ketua  Ketua Jabatan dan Sektor Awam termasuk Instilasi Sasaran Penting dan perbankan menghadiri Program Diplomat Minda- Kearah Keselamatan Siber Negara di sini, semalam.

Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan dengan Kerjasama Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NASCA).

Antara Ketua Sektor Awam menyertai Program Diplomat Minda-Kesedaran Keselamatan Siber Negara di Labuan

Program tersebut dirasmikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Antara pengisian utama program ini ialah taklimat berkaitan Penguatkuasaan sesi Akta 854 Keselamatan Siber Negara baharu ditubuhkan pada 26 Ogos lalu.

Taklimat menyentuh mengenai penubuhan jawatankuasa Keselamatan Siber Negara serta fungsinya seperti yang digariskan MKN dalam Dasar Keselamatan Negara (MKN) 2021-2025.

Ia disampaikan Pengarah Bahagian Dasar  Kerjasama Antarabangsa Agensi Keselamatan Cyber Negara (NASCA), MKN, Shariffah Rashidah Syed Othman.

Turut hadir Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Labuan, Mohd Hafiez Daud serta Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd. Himizi Halim.