Hanya Sabah Berhak Dapat 40 peratus Hasil di Bawah MA63, kata Shafie

SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa “hanya Negeri Sabah berhak memperoleh 40 peratus hasil seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).”

Menurutnya, peruntukan itu bukan sekadar tuntutan politik, tetapi jaminan yang dipersetujui ketika pembentukan Malaysia dan termaktub dalam dokumen rasmi kerajaan Persekutuan.

“Ini bukan benda baharu. Ini hak Sabah. Kita hanya meminta apa yang telah dijanjikan dalam perjanjian,” tegasnya.

Shafie berkata kerajaan Persekutuan perlu memberikan jadual yang jelas mengenai bagaimana dan bila pemulangan 40 peratus hasil itu akan dilaksanakan bagi memastikan Sabah mendapat keupayaan kewangan lebih kukuh untuk pembangunan.

Beliau turut mengingatkan bahawa kelewatan memenuhi komitmen MA63 menjejaskan keadilan fiskal dan kemampuan Sabah mengejar pembangunan yang setara.