PUTRAJAYA : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di sini hari ini.
Pertemuan kedua-dua pemimpin itu membincangkan berkaitan isu serta perkembangan semasa di Sabah.
Perbincangan tersebut sejurus selepas selesai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri.
Dalam perkembangan sama, Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Anwar merasmikan pembukaan Persidangan Ekonomi Biru Sabah (SIBEC 2024) diadakan September ini di Kota Kinabalu.
