Tiga suspek kes curi di tapak pembinaan tumpas

TAWAU : Tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes kecurian di sebuah tapak pembinaan rumah di Jalan Sin Onn, Tawau berjaya ditumpaskan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, siasatan awal dijalankan suspek warga asing berumur 24 hingga 32 tahun ditahan sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau jam 9.50 pagi.

Katanya, hasil semakan rekod jenayah lampau, kedua-dua suspek didapati mempunyai satu rekod berkaitan jenayah curi.

“Susulan itu, polis menahan seorang lagi suspek lelaki tempatan berumur 37 tahun dipercayai terlibat dengan kes yang disiasat di sekitar bandar Tawau kira-kira jam 11.00 pagi semalam.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau, suspek didapati memiliki satu rekod berkaitan jenayah menceroboh,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Jasmin berkata, satu laporan polis telah dibuat mangsa berumur 64 tahun merupakan kontraktor binaan rumah tersebut mendakwa mangsa ternampak tiga orang lelaki tidak dikenali sedang mengangkat keluar tiga bingkai aluminium dari kawasan tapak pembinaan.

“Ketia-tiga suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan, mangsa membuat pemeriksaan mendapati sebanyak 16 bingkai aluminiun hilang dipercayai dicuri pada 19 Mei lalu sekitar jam 3.45 petang dan anggaran kerugian berjumlah RM5,000.

“Ketiga tiga suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelas Jasmin.