KOTA KINABALU : Pengerusi Sabah Development Berhad (SD Berhad) Datuk Dr Yusof Yacob telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri
Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Hadir sama, Pengurus Kanan SD Berhad Nixon Abdul Habi.
Kunjungan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai SD Berhad, khususnya berkaitan hala tuju syarikat serta pelan cadangan penstrukturan semula yang dirangka bagi menjana pendapatan, seterusnya menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Terdahulu, Dr Yusof bersama pengurusan Jetama Sdn Bhd diketuai Pengerusinya Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego mengadakan pertemuan dan taklimat terhadap Safar.
