DBKK wakil Sabah dalam pameran tiga produk berasaskan mesra alam di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mewakili Negeri Sabah dalam pameran International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2023 (IGEM 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pameran yang berlangsung bermula 4 hingga 6 Oktober lalu disertai 40 negara mempamerkan produk berasaskan mesra alam termasuk produk solar, kenderaan hidrogen dan kenderaan elektrik.

DBKK menerusi satu kenyataan hari ini menyatakan DBKK mempamerkan tiga projek dilaksanakan di Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Pusat Lestari Kota Kinabalu, Kebun Komuniti Bandar Raya Kota Kinabalu dan Perkhidmatan Pembersihan Pantai, Laut dan Sungai Bandaraya Kota Kinabalu.

DBKK wakil Sabah dalam pameran tiga produk berasaskan mesra alam di Kuala Lumpur. Gambar DBKK.

Rombongan DBKK diketuai Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pembangunan Abdul Manaf Rajikan.

DBKK wakil Sabah dalam pameran tiga produk berasaskan mesra alam di Kuala Lumpur. Gambar DBKK.

Hadir sama dalam pameran itu, Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi DBKK Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK Rozie Khan dan Pengarah Jabatan Landskap DBKK Salmah Aplasin.