Banjir Kilat Kalabakan, Jalan Sapulut–Kalabakan Masih Boleh Dilalui

KALABAKAN | 3 Januari 2026 (Sabtu) – Hujan lebat berterusan menyebabkan kejadian banjir kilat di Daerah Kalabakan, membabitkan Jalan Sapulut–Kalabakan pada kilometer 105, hari ini.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), tindakan segera telah diambil dengan pemasangan Pelan Pengurusan Trafik Sementara (TMP) serta pemantauan berterusan di lokasi terjejas.

Kerja-kerja pembersihan sisa banjir di permukaan jalan turut dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Setakat ini, laluan berkenaan masih boleh dilalui semua jenis kenderaan, dan tiada laluan alternatif lain selain jalan sedia ada.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati, khususnya ketika hujan berterusan dan paras air meningkat secara mendadak.