Wanita tiada identiti ditemui mati, hanyut di Sungai Kampung Nibang, Pitas

KOTA KINABALU: Seorang wanita ditemui meninggal dunia selepas mayatnya dijumpai terapung di Sungai Kampung Nibang, Pitas, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Pitas pukul 7.21 pagi taxi untuk mengambil mayat di sungai berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya tidak mengetahui identiti mangsa kerana tidak dokumen pengenalan diri pada mayat itu dan sudah diserahkan kepada pihak polis.

“Siasatan awal mendapati mangsa berkenaan sebenarnya hanyut mengikut aliran sungai dan tersangkut di timbunan kayu.

“Pasukan bomba bertindak membawa naik mangsa menggunakan tali seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Sabah News Today hari ini.