Sabah Kaji Semula Prestasi YTL, Projek Internet Sekolah Lewat

KOTA KINABALU- Kerajaan Sabah akan menjalankan penilaian semula terhadap prestasi YTL Communications Sdn. Bhd. berikutan kelewatan pelaksanaan projek penyediaan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, kementeriannya menerima banyak aduan melibatkan 736 sekolah, khususnya yang menggunakan teknologi fiber PoP.

Menurut beliau, isu utama termasuk perkhidmatan internet tidak memuaskan, kelewatan pemasangan infrastruktur serta respon lambat terhadap aduan.

Beliau berkata, penilaian menyeluruh akan dibuat bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan pematuhan garis masa, terutama bagi sekolah luar bandar dan pedalaman.