Sabah Hospitality Fiesta persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 – Christina

KOTA KINABALI: Penganjuran Sabah Hospitality Fiesta ke-25 dijangka mampu menarik lebih ramai peserta antarabangsa sekali gus sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, pihaknya menyokong penuh pihak penganjur untuk menjayakan program berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mengiktiraf usaha semua pihak terlibat yang telah menjayakan program itu selama 25 tahun.

“Kali ini program itu akan diadakan pada 21 November sehingga 23 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Usaha mengadakan Sabah Hospitality Expo (SOHEX) sebagai sebahagian daripada Sabah Hospitality Fiesta ke-25 bermula tahun ini adalah langkah yang baik,” katanya di sini semalam.

Christina berkata, ini sekali gus menjadi persediaan tepat bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Saya berharap lebih ramai peserta antarabangsa akan menyertai acara itu.

“Terima kasih atas jemputan, saya akan hadir merasmikan acara ini pada 21 November nanti,” jelasnya.

SOHEX akan menampilkan 150 gerai pameran yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman dan banyak lagi. Ia termasuk acara memasak bagi memperkenalkan hidangan asal Sabah.