Sabah FC Lepaskan Daniel Ting Secara Persetujuan Bersama

KOTA KINABALU: Sabah FC mengesahkan pelepasan pemain pertahanannya, Daniel Ting berkuat kuasa serta-merta, seperti diumumkan menerusi kenyataan rasmi kelab di laman Facebook hari ini.

Dalam kenyataan itu, Sabah FC memaklumkan Daniel yang menyertai pasukan sejak 2023, menamatkan khidmatnya pada pertengahan musim hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Sepanjang tempoh bersama Skuad Badak, Daniel mencatatkan 76 penampilan, selain menyumbang 10 gol dan tujuh bantuan gol, termasuk aksi di pentas AFC Cup.

Pemain berusia itu juga menjadi pilihan konsisten di posisi kiri pertahanan, selain dikenali dengan komitmen tinggi serta sumbangan penting dalam struktur pasukan.

Sabah FC turut merakamkan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Daniel, sambil mendoakan kejayaan buat pemain itu dalam kelangsungan kariernya selepas ini.