Ruddy Awah Yakin, Rakyat Pitas Kekal Memilih GRS

PITAS: Calon GRS bagi DUN Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah, yakin pengundi di kawasan ini akan terus memberi sokongan kepadanya untuk meneruskan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sehingga semalam, beliau berkata GRS masih mendahului calon lain, menunjukkan momentum positif menjelang tamatnya kempen pada 29 November ini.

“Kepercayaan rakyat memberi semangat besar kepada kami. Kami akan terus bekerja keras memastikan Pitas terus maju dan sejahtera,” katanya.

Dr Ruddy menekankan fokus utama adalah pembangunan infrastruktur, pendidikan, serta kemudahan asas, agar penduduk di kawasan luar bandar menikmati kualiti hidup lebih baik.

Beliau juga menekankan program kebajikan dan sosial, khususnya untuk golongan miskin, belia dan keluarga, supaya manfaat pembangunan dapat dirasai semua lapisan masyarakat.

Calon GRS itu menyeru pengundi menilai pencapaian dan komitmen calon, menegaskan sokongan berterusan kepada GRS adalah kunci bagi meneruskan pembangunan dan kestabilan di DUN Pitas.