KOTA KINABALU: Ketua Pemuda MCA Sabah, Roger Yapp mengumumkan peletakan jawatan serta semua jawatan lain dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Dalam kenyataan hari ini, Roger berkata keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau meneruskan perjuangan dengan pendekatan baharu.
“Saya akan terus bersuara dan bekerja untuk rakyat serta masyarakat Sabah. Prinsip dan niat saya tidak pernah berubah,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan MCA termasuk Presiden Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda MCA Ling Tiang Soon atas peluang dan kepercayaan yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam parti.
Roger turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Kurniawan Naim Moktar atas kemenangan dalam PRK Parlimen Kinabatangan.
Beliau berkata, pesanan Allahyarham Bung Moktar Radin agar membantu Naim sepanjang kempen menjadi pegangan sehingga hari ini.
Naim menang dengan majoriti 14,214 undi selepas memperoleh 19,852 undi.
