Pengurus syarikat, dua penjawat awam direman disyaki tuntutan palsu

LABUAN: Seorang pengurus syarikat dan dua penjawat awam direman lima hari sehingga 11 Januari ini selepas disyaki terbabit mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan makanan tahanan di sebuah jabatan penguatkuasaan di sini.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Majistret Dr Melissa Chia selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret, pagi tadi.

Menurut kenyataan SPRM Labuan, ketiga-tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 31 hingga 43 tahun ditahan petang semalam.

Katanya, pengurus syarikat berkenaan dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM40,000 bagi tempoh April hingga Julai 2025.

“Siasatan awal mendapati dua penjawat awam yang bertugas di bahagian kewangan jabatan terbabit disyaki bersubahat dengan memperakukan tuntutan palsu berkenaan dan menerima habuan wang tunai,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM