SOOK: Seramai 462 penduduk di daerah ini menerima geran tanah masing-masing dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah DUN Sook yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin.
Daripada jumlah itu, 224 penerima adalah bagi kategori pengukuran PANTAS, manakala 238 lagi menerima geran pengukuran biasa.
Turut menerima ialah 86 peneroka Skim SAFODA Karamatoi yang akhirnya mendapat hak milik selepas sekian lama menanti.
Ellron berkata, penyerahan itu bukan sekadar dokumen, sebaliknya jaminan masa depan serta warisan berharga untuk generasi akan datang.
“Ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir. Masih ada kawasan lain di Sook termasuk Skim Fasa 1, Fasa 2 serta beberapa kampung yang menunggu giliran.
“Sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan setiap keluarga mendapat kepastian hak tanah, sekali gus menjamin kesejahteraan dan pembangunan rakyat,” katanya.