KOTA KINABALU: Aktivis politik Pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Nasrah, mendakwa pembangkang terus menggunakan fitnah dan naratif kebencian bagi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17.
Beliau menyifatkan strategi ini sebagai ulangan taktik lama yang pernah menumbangkan kerajaan BN, namun tidak bertahan lama seperti yang berlaku kepada Warisan selepas PRN-15.
“Kini, BN Sabah pula dilihat sanggup bergabung secara senyap dengan pihak yang pernah menjatuhkan mereka – semata-mata kerana gilakan kuasa,” katanya dall kenyataan hari ini.
Aksyah turut membidas taktik eksploitasi isu arwah Zara Qairina oleh pembangkang dan mendesak siasatan ke atas kenyataan berunsur hasutan dalam Himpunan Justice for Zara (J4Z) di Tawau.
“Hanya institusi TYT Sabah yang dipermainkan – oleh rakyat negeri sendiri. Memalukan,” tegasnya.
Beliau menyeru rakyat Sabah menolak politik kebencian dan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor yang menurutnya berjaya memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan melalui agenda Sabah Maju Jaya.
“GRS terbukti lebih cekap dan berkesan. Jangan gadai negeri ini kerana terpedaya dengan permainan politik pembangkang,” katanya.