KOTA KINABALU : Mesin Painbot diserahkan kepada Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) merupakan peralatan terkini dalam bidang rawatan rehabilitasi yang pertama, bukan sahaja di Sabah, malahan di seluruh kepulauan Borneo.
Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn. Bhd, Ahmad Naim Uddang berkata, Mesin Painbot tersebut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai AI yang khusus untuk rehabilitasi pesakit.

“Diharapkan juga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu tenaga pengajar serta pelajar-pelajar secara khususnya dan UMS secara amnya untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran setara dengan peningkatan penggunaan teknologi baru ini,” katanya di sini hari ini.
Ahmad Naim berkata, Jetama Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
“Ia memainkan peranan pemangkin ekonomi dan membantu kerajaan membangunkan sosioekonomi di Sabah,” jelasnya.