Kerajaan teruskan kerjasama FCAS, Persatuan Masyarakat Tionghua di Sabah

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri meneruskan kerjasama dengan persatuan masyarakat Tionghua seperti Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) bagi memperkukuhkan perpaduan dan kestabilan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, masyarakat Tionghua di Sabah telah lama memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, perdagangan, pendidikan dan kebajikan sosial.

Katanya, masyarakat ini jdikenali  ahli perniagaan berjaya sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Kerajaan negeri amat menghargai sokongan berterusan masyarakat Tionghua yang bersama-sama kerajaan sebagai rakan kongsi dalam setiap sektor pembangunan di negeri ini. 

“Saya percaya dengan sokongan padu ini, Sabah akan terus berada dilandasan betul dalam membawa pembangunan di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, beliau

menyatakan kerajaan negeri akan sentiasa menyediakan sokongan kepada komuniti perniagaan, memperkasa pendidikan, serta memperluaskan peluang ekonomi bagi rakyat Sabah. 

“Ini seiring komitmen kerajaan negeri yang sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek agar tiada yang terpinggir,” jelas Hajiji.

Majlis dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.