PITAS: Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kalipuon, Pitas, tengah hari tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.40 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari BBP Pitas dikerahkan ke lokasi.
Mangsa dilapor terjatuh dari tebing sungai ketika bermain. Operasi mencari menggunakan kaedah Surface Water Rescue digerakkan bersama penduduk kampung.
Mangsa ditemui pada 12.40 tengah hari, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dibawa ke hospital menggunakan ambulans APM.
Operasi yang turut dibantu APM dan PDRM ditamatkan selepas keadaan disahkan selamat sepenuhnya.
