KOTA KINABALU: Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Nasrah menggesa seluruh jentera parti mengangkat mentaliti menang sebagai strategi utama menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DUN) Sabah Ke-17, yang disifatkannya sebagai “referendum masa depan Sabah”.
Aksyah berkata, selepas semua calon GRS disahkan bertanding tanpa sebarang isu penamaan, fokus kini perlu tertumpu kepada pengukuhan jentera, penyelarasan kempen dan gerak kerja yang lebih agresif.
“PRU kali ini bukan sekadar soal kerusi menang atau kalah. Ia tentang suara rakyat Sabah menegaskan hala tuju negeri, seperti yang ditekankan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor,” katanya.
Menurutnya, PRU ini membuka ruang penting untuk rakyat Sabah menolak politik lama yang berasaskan kedaerahan dan retorik perpecahan.
“Sabah tidak boleh terus dilihat sebagai ‘deposit tetap’ yang mudah dimanipulasi. Jika rakyat mahu dihormati, mahu dilihat bermaruah dan berjiwa Sabahan, GRS mesti kekal sebagai teraju negeri,” tegasnya.
Aksyah turut menegaskan bahawa kemenangan besar GRS akan memberi mesej jelas bahawa rakyat Sabah matang dan konsisten mempertahankan acuan politik tempatan.
“Apabila rakyat memilih GRS, pandangan luar terhadap kita meningkat. Itu diterjemahkan sebagai penghormatan terhadap keupayaan kita mentadbir negeri sendiri,” katanya.
Beliau berkata Halatuju SMJ 2.0 yang digagaskan kerajaan negeri kini menunggu mandat baharu untuk dilaksanakan secara menyeluruh.
Aksyah juga mengingatkan semua calon dan jentera GRS agar bekerja “seperti sudah menang”, namun dalam disiplin kempen yang tersusun.
“Setiap jentera mesti pastikan DUN masing-masing bukan sekadar menang, tetapi menyumbang kepada kemenangan besar GRS. Ini masa kita buktikan kekuatan,” katanya.
Akhirnya, Aksyah menyeru seluruh jentera agar terus berkempen secara yakin dan konsisten:
