SANDAKAN : Jentera pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) diingatkan bahawa mereka menggalas misi besar dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 tidak lama lagi.
Ketua Wanita PGRS Bahagian Sibuga, Senator Annabell Perian berkata, sehubungan itu, mereka tidak mempunyai banyak masa lagi dalam memperhebatkan gerak kerja mendekati rakyat khususnya di peringkat akar umbi.
Katanya, perkara asas sewajarnya menjadi fokus adalah usaha memperhebatkan gerak kerja pasukan Wanita dalam persediaan menghadapi pilihan raya.
“Asas kekuatan kerja berpasukan adalah saling percaya, saling mendukung, saling melengkapkan dan berganding bahu dalam menggalas misi besar yang kita pegang.
“Semua jentera wanita perlu memikul amanah kepimpinan parti dan kerajaan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk membawa membawa kemenangan kepada Gagasan Rakyat sekaligus Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya di sini kelmarin.
Menurutnya, semua perlu bekerja bersama-sama, membuang bibit kebencian serta permusuhan sesama sendiri.
“Andai ada perbezaan, kita duduk dan berbincang, kita cari titik persama dan rungkaikan segala kekusutan.
“Kita mesti berfikir perihal yang baik-baik tentang rakan kita yang bersama dalam pasukan.
“Elakkan daripada menjadi duri dalam daging. Peliharalah hati kita daripada sifat hasad dengki apabila kita bekerja sebagai satu pasukan,” jelas Annabell.
Menurutnya, misi besar yang paling penting ialah meraih kepercayaan daripada rakyat meliputi anak muda dan belia,