KOTA KINABALU: Menteri Pertanian,Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar hari ini secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd (SUDC) kepada penggantinya, Datuk Pangiran Saifuddin Pangiran Tahir dalam satu majlis penyerahan tugas di sini.
Jamawi, yang memegang jawatan Pengerusi SUDC sejak 2020, kini menyandang portfolio Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada barisan pengurusan dan kakitangan SUDC atas kerjasama sepanjang tempoh lima tahun kepimpinannya, selain menyatakan keyakinan terhadap kesinambungan hala tuju dan prestasi syarikat di bawah kepimpinan baharu.
Pengiran Saifuddin, 67, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif SUDC, turut menzahirkan penghargaan kepada Jamawi atas sumbangan dan dedikasi beliau dalam menerajui syarikat milik kerajaan negeri itu.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Besar SUDC Anthony Undan Dumpangol, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Afizal Aldin serta kakitangan korporat SUDC.
Terdahulu, Jamawi menghadiri mesyuarat di Bangunan Kemnterian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bersama Sekretariat Sabah Maju Jaya yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.
“Apa yang lebih penting adalah penyampaian tanggungjawab dan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
