Hajiji tegaskan Sabah kekal komited laksana pembangunan menyeluruh

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, menegaskan kerajaan negeri kekal komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, fokus pembangunan itu merangkumi pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan dan keselamatan.

Menurutnya, anggota perkhidmatan awam perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, jujur dan berintegriti bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Hajiji berkata, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 akan terus menjadi panduan utama kerajaan negeri dalam membawa Sabah ke arah kemajuan yang lebih mampan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah, malam ini.

Menurutnya, kejayaan pelaksanaan SMJ 1.0 sebelum ini memberi keyakinan bahawa pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan yang tepat, manakala SMJ 2.0 akan memperkukuh agenda pembangunan untuk penggal kedua pentadbiran negeri