TUARAN: Kediaman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Kampung Serusup hari ini menjadi tumpuan apabila ratusan tetamu hadir memeriahkan Majlis Kesyukuran yang diadakan dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Hajiji yang turut ditemani isterinya, Datin SeriJuliah Salag, meluangkan masa beramah mesra, menyantuni tetamu dan bersalaman dengan penduduk setempat serta jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.
Kehadiran masyarakat pelbagai lapisan menyerikan lagi majlis yang bertujuan memperkukuh hubungan kepimpinan negeri dengan rakyat, selain menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim di peringkat akar umbi.
Turut hadir beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memberikan sokongan padu, antaranya:
-
Datuk Samad Jambri – ADUN Labuk / Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar
-
Datuk Ceasar Mandela Malakun – ADUN Dilantik / Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
-
Datuk Jasnih Daya – ADUN Pantai Dalit
-
Datuk Abdul Kassim Razali – ADUN Dilantik
Majlis turut diisi dengan sesi ramah mesra dan doa kesyukuran, menggambarkan komitmen berterusan Ketua Menteri dalam mendekati rakyat serta menghargai sokongan yang diberikan kepada kerajaan negeri.
Acara berakhir dalam suasana ceria, menandakan hubungan erat antara pemimpin dan komuniti setempat terus kukuh dan harmoni.
