KOTA KINABALU: Mangsa banjir dan tanah runtuh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Seri Christina Liew.
Christina berkata, kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas menyebabkan sebatang pokok tumbang lalu merosakkan sebuah rumah di bawah skim Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Saya menasihatkan pemilik rumah terbabit, Crispus Chong Yun Thau dan isterinya, Tsen Swee Len serta penduduk sekitar supaya menebang pokok besar berhampiran kediaman mereka sebagai langkah pencegahan dan demi keselamatan,” katanya ketika ditemui selepas lawatan itu.
Terdahulu, Christina turut mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sarapung, Penampang.
Beliau kemudiannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sabapak Eco Sdn Bhd, Remysta Taylor melawat mangsa banjir di PPS Kampung Inobong.