TENOM: Penganjuran Pertandingan Tarian Naga dan Singa di Tenom membuktikan budaya mampu menjadi ejen penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah,
Datuk Jamawi Jaafar berkata seni kebudayaan perlu terus dipelihara kerana ia berupaya membentuk keharmonian sosial dan kefahaman antara komuniti.
Menurutnya, penyertaan 140 peserta daripada pelbagai daerah di Sabah mencerminkan semangat kebersamaan serta sokongan masyarakat terhadap program berunsur kebudayaan.
“Apabila rakyat hadir dan meraikan budaya bersama, ia mengukuhkan hubungan sosial serta persefahaman,” katanya.
Beliau turut menjemput orang ramai menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina DUN Melalap yang akan berlangsung pada Februari ini dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
