Jeffrey beri keterangan kepada SPRM berhubung video tular

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang dikaitkan dalam video skandal perlombongan tular baru-baru ini, sudah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Anuar Ghani berkata beberapa pemimpin STAR lain yang turut dikaitkan juga tampil memberi kerjasama kepada SPRM.

“Jeffrey tidak pernah dalam apa jua bentuk menyatakan pengetahuan atau menerima dana seperti didakwa dalam video bocor itu. Kami serahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat.

“Jika ada pendakwaan, presiden STAR dan pemimpin lain akan mempertahankan diri di mahkamah. Setiap individu tetap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Anuar memaklumkan, Jeffrey turut akan membuat laporan polis kerana mendakwa video berkenaan telah diubah suai dan dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau menyifatkan video tular itu sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkan dan memburukkan imej Jeffrey.

“Video terdahulu yang melibatkan Albert Tei jelas membersihkan nama Jeffrey dan STAR daripada skandal perlombongan. Ini bukti ada pihak yang takut dengan pendirian politik beliau serta landskap politik Sabah yang tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey menegaskan video berkenaan hanya merujuk kepada sumbangan politik beberapa tahun lalu sebelum pilihan raya, bukan berkaitan skandal perlombongan.

“Saya terkejut perbualan lama dirakam secara peribadi kini dipaparkan seolah-olah ada,” jelasnya.