33 Anak Merotai Terima Sumbangan, Lanjut Pengajian ke IPT

TAWAU: Seramai 33 pelajar dari kawasan Merotai menerima sumbangan peribadi daripada Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah.

Ini merupakan sebagai tanda sokongan terhadap kejayaan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan kolej.

Majlis penyerahan sumbangan itu turut disampaikan Naib Presiden PHRS, Datuk Lim Yin Kat, dalam satu program ringkas yang diadakan di sini semalam.

Liew bersama Naib Presidennya menyampaikan sumbangan kepada pelajar ke IPT.

Liew berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban keluarga pelajar dalam membuat persiapan ke IPT.

“Ini adalah sebagai dorongan untuk mereka terus cemerlang dalam bidang akademik.

Liew bersama pelajar yang menerima sumbangan belajar ke IPT.

“Saya amat bangga dengan pencapaian anak-anak Merotai ini. Ini membuktikan bahawa dengan usaha dan semangat yang tinggi, kejayaan pasti dapat dicapai.

“Pesan saya, apabila berjaya nanti, pulanglah ke Merotai dan berbaktilah kepada masyarakat,” katanya.

Lim menyampaikan sumbangan pelajar diwakili oleh ibunya di sini semalam.

Beliau turut menyeru agar pelajar sentiasa menjaga nama baik keluarga dan kampung halaman sepanjang tempoh pengajian.

Sementara itu, Naib Presiden PHRS, Datuk Lim Yin Kat berkata, sumbangan ini dilihat meringkan sedikit bebanan ibu bapa dan pelajar yang menerimanya.

Liew menyampaikan ucapan dalam penyerahan bantuanke IPT.

“Kita harap sumbangan ini mampu menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya.

“Program seumpama ini merupakan antara inisiatif berterusan PHRS dalam menyantuni golongan muda dan menyokong pembangunan pendidikan di kawasan Merotai,” katanya.