24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Ziarah Aidilfitri di kawasan PKP hanya pada 1 Syawal

Ismail Sabri

PUTRAJAYA (Bernama): Aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut 13 Mei ini, hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa, mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

Bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pula, beliau berkata aktiviti ziarah dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal.

“Bagi kawasan PKPB, kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal manakala kawasan PKPP, ziarah dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata mereka yang tinggal di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan menerima kunjungan tetamu luar dan hanya terhad kepada keluarga di dalam rumah sahaja.

SabahNewsToday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles