YPLJ bantu lebih 8,000 pelajar luar bandar ubah masa depan

KUALA PENYU – Yayasan Pendidikan Limus Jury (YPLJ) terus komited memperkasa pelajar luar bandar apabila lebih 8,000 pelajar di sekitar Kuala Penyu dan Menumbok menerima bantuan pendidikan sejak lebih sedekad lalu.

Presidennya, Datuk Limus Jury, berkata bantuan yang disalurkan bukan sahaja meringankan beban keluarga

Katanya, malah menjadi pemangkin kepada pelajar luar bandar untuk berjaya dalam bidang profesional dan meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.

“Sejak 2013 hingga kini antara 8,000 hingga 9,000 pelajar telah dibantu. Setiap tahun YPLJ tidak pernah gagal memberikan sokongan sama ada dalam bentuk kewangan, komputer riba atau pencetak,” katanya di sini ssmalam.

Menurut Limus, ramai penerima bantuan kini berjaya menjadi doktor, jurutera dan profesional lain, sekali gus membuktikan pelaburan dalam pendidikan mampu mengubah masa depan generasi luar bandar.

Katanya, selagi diberi kepercayaan untuk berkhidmat, YPLJ akan terus memastikan pelajar luar bandar menikmati peluang pendidikan setara dengan pelajar bandar.