KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee SAPP mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian parti itu kepada Perikatan Nasional (PN) berhubung dengan kenyataannya bahawa hanya parti-parti Sabah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sabah akan datang
Pengerusi PN Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee PN Sabah menegaskan bahawa tiada mana-mana parti yang boleh menghalang parti politik lain, termasuk PN untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi di Sabah.
“PN Sabah menegaskan bahawa kenyataan dibuat Presiden SAPP itu dibuat atas kapasiti SAPP sebagai anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tanpa mengambil kira kedudukan mereka diperingkat nasional,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Yong dalam kenyataannya baru-baru ini mencadangkan agar GRS meletakkan calon pada kesemua 73 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang.
Presiden SAPP itu juga menegaskan bahawa tiada lagi keperluan untuk mengadakan perbincangan atau rundingan dengan parti bukan tempatan untuk dijadikan rakan dalam PRN negeri nanti.
Ronald yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berkata sebagai parti gabungan yang mempunyai sokongan paling tinggi dalam PRN 12 Ogos lalu, adalah menjadi hasrat PN untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri-negeri lain termasuk di Sabah.