Yayasan Bank Rakyat beri insentif kepada 146 pelajar cemerlang SPM, STPM di Penampang

PENAMPANG : Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyerahkan insentif kepada 146 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di sekitar Penampang bagi membantu tahap pendidikan murid-murid di sana.

Penyerahan insentif kepada pelajar itu telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick di Sekolah Menengah (SM) St Michael Penampang, hari ini.

Ewon bersama Yayasan Bank Rakyat beri insentif kepada 146 pelajar cemerlang SPM, STPM di Penampang.

Hadir sama Pengerusi YBR Datuk Philip Benedict Lasimbang dan Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Bantuan ini melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan asnaf dan keluarga B40 sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.

Ewon menyampaikan cek insentif kepada 146 pelajar cemerlang SPM, STPM di Penampang.

Ewon berkata, sokongan berterusan yang diberikan oleh YBR dalam membantu anak-anak Sabah amatlah dihargai terutamanya dalam membantu golongan yang kurang bernasib dan yang memerlukan.

“Usaha ini sebegini dapat menarik kepada agensi-agensi bukan berkeuntungan yang lain untuk sama-sama turut serta dalam meningkatkan mutu pendidikan negara serta menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan sistem pendidikan yang mampan,’ katanya.

Ewon menyampaikan cek insentif kepada 146 pelajar cemerlang SPM, STPM di Penampang.

Pada majlis itu, Ewon turut mengumumkan empat sekolah di Penampang iaitu SM St Michael, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, SMK Limbanak dan SMK Datuk Peter Mojuntin telah dipilih untuk menerima RM20,000 setiap sekolah melalui Program Pecutan SPM.

Dalam pada itu, Philip berkata, bantuan insentif yang diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang sedikit sebanyak mampu memberikan peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian ke institusi yang dipilih oleh masing-masing.