Wiranita dan Wiramuda diseru Lengkapkan diri dengan Ilmu Pengetahuan – Elron

KOTA KINABALU : Sebagai pemimpin muda dan tulang belakang kepada kekuatan parti, sayap wiranita dan wiramuda STARSABAH digesa untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Timbalan Presidennya, Datuk Ellron Angin berkata, seruan itu haruslah dititik beratkan memandangkan segelintir anak-anak muda yang melibatkan diri dalam bidang politik kurang memahami erti sebenar dan penglibatan mereka dalam arena politik.

“Saya melihat ada sebilangan daripada golongan muda *kurang mendalami* ilmu pengetahuan dalam bidang politik, untuk menduduki Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Wiramuda dan Wiranita, bukan semua hanya sedikit dan ini perlu diubah” tambah Ellron.

Beliau juga berkata bahawa Knowledge is Power, apabila kita berilmu kita akan lebih dihormati dan disegani.

Selain itu beliau turut berharap akan ada tranformasi kepada barisan kepimpinan sayap wiranita dan wiramuda STARSABAH yang bakal dipilih pada hari ini, akan menampilkan satu formasi jawatankuasa yang dipandang tinggi dengan dengan latar belakang akademik ahlinya yang gah. Formasi sebegini adalah penting bagi memperkasakan dan memantapkan kedudukan parti, kerana dua sayap inilah bakal mewarisi kepimpinan STARSABAH pada masa akan datang.

Ellron juga memaklumkan kepada sidang perwakilan bahawa kolaborasi antara STARSABAH dan Parti Bersatu Sabah (PBS) baru-baru ini adalah untuk memperkukuhkan kedudukan kedua-dua parti dan berhasrat untuk memperolehi lebih banyak lagi kerusi pada pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Di samping itu, pada pilihanraya negeri yang akan datang, beliau juga memaklumkan hanya calon yang boleh menang (winnable candidate) sahaja yang akan diketengahkan oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding atas nama parti nanti. Oleh itu, beliau menyeru kepada mereka yang ingin menawarkan diri untuk bertanding, bekerja keras di kawasan masing-masing dan menyantuni rakyat sebaik mungkin.

Selain itu, beliau turut mengingatkan ahli parti lain agar elakkan amalan sabotaj yang boleh mencemarkan nama baik parti yang sekaligus akan menjejaskan peluang kemenangan pada pilihan raya nanti.

“Kepada semua ahli parti daripada akar umbi, para perwakilan sehinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi, marilah kita sama-sama memperhebatkan dan memantapkan lagi parti ini bagi menempuhi pilihanraya akan datang”.

Pemilihan kali menyaksikan Exco Wiranita STARSABAH Datuk Flovia Ng akan mempertahankan kedudukannya. Manakala Exco Wiramuda Kong Soon Choi akan menggosongkan jawatannya dan bakal digantikan oleh Jordan Jude Ellron yang telah disahkan menang tanpa bertanding untuk memangku jawatan itu bagi tahun 2024/2027.

Terdahulu Ellron hadir bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tri Tahunan Exco Wiramuda dan Wiranita STARSABAH di Dewan Datuk Guandee Sokid Villa, Bukit Padang.