Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat bukan sekadar anggota biasa tetapi adalah tulang belakang, nadi parti – Masidi

KOTA KINABALU : Betapa pentingnya peranan sayap Wanita, Pemuda, dan Beliawanis dalam kerangka dimana mereka bukan sekadar anggota biasa, mereka adalah tulang belakang dan nadi kehidupan parti, kata Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Beliau berkata Sayap Wanita adalah lambang ketahanan dan dedikasi, menggalas tanggungjawab dengan penuh kasih sayang dan ketabahan.

Masidi Manjun

Katanya Mereka tidak hanya mewakili suara wanita tetapi juga menerajui pelbagai program dan inisiatif yang memastikan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.

Menurutnya Sayap Pemuda adalah wakil generasi muda yang penuh semangat dan bersemangat dengan mereka membawa impian dan harapan baru, serta menjadi perantara antara aspirasi generasi muda dengan halatuju parti.

Masidi ketika merasmikan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat pada Persidangan Agung di sini, hari ini.

“Semangat membara dan inovasi yang mereka bawa adalah kunci untuk memastikan Gagasan Rakyat tetap relevan dan progresif,” katanya ketika merasmikan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat pada Persidangan Agung di sini, hari ini.

Masidi berkata sementara itu, sayap Beliawanis menggabungkan kelebihan dan keunikan kedua sayap lainnya.

Masidi ketika merasmikan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat pada Persidangan Agung di sini, hari ini.

Katanya mereka adalah simbol kombinasi kebijaksanaan dan semangat muda, memastikan agar tiada celah yang terlepas dalam usaha merangkul setiap lapisan masyarakat.

“Sayap Wanita, Pemuda, dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diingatkan betapa berharganya peranan mereka dalam membentuk masa depan parti dan negeri Sabah,” katanya.

Masidi ketika merasmikan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat pada Persidangan Agung di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata membentuk Mindset Baru Masa kini memerlukan untuk berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza.. politik era kontemporari bukan semata-mata perjuangan kuasa, tetapi juga perjuangan ideologi, prinsip dan integriti.

Katanya cabaran politik, terutamanya di Sabah, memerlukan untuk berada beberapa langkah ke depan. Oleh itu, pemimpin dan ahli Gagasan Rakyat mesti menerapkan mindset yang lebih progresif dan inklusif.

“Kami mahu setiap ahli PGRS menjadi contoh dalam berpolitik dengan integriti, mempromosikan dialog yang konstruktif dan menjauhi budaya politik yang tidak beretika.

Masidi ditemui pemberita ketika merasmikan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat pada Persidangan Agung di sini, hari ini.

“Kita harus melepaskan diri dari politik lama yang penuh dengan intrik dan konflik, dan bergerak menuju politik yang lebih matang, beretika dan berteraskan kerakyatan,” katanya.

Beliau berkata mentransformasi Persepsi Masyarakat Dengan Memenuhi Permintaan Rakyat. Satu cabaran utama dalam dunia politik adalah mengatasi persepsi negatif yang masyarakat miliki terhadap ahli politik.

“Kita harus bekerja keras untuk membina dan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap Gagasan Rakyat. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan membuktikan melalui tindakan. Namun apa yang lebih penting adalah untuk kita berubah sesuai dengan permintaan rakyat, apa yang rakyat mahu (jangan syok sendiri),” tambahnya.

Masidi melawat pamera selepas merasmikan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat pada Persidangan Agung di sini, hari ini.

Masidi berkata setiap inisiatif, program, dan keputusan yang diambil oleh Gagasan Rakyat harus berasaskan kepentingan rakyat dan kesejahteraan negeri Sabah.

Katanya dengan mengambil pendekatan yang lebih telus, bertanggungjawab dan berintegriti akan mampu mengubah persepsi rakyat dan menunjukkan bahawa Gagasan Rakyat adalah pilihan yang terbaik untuk Sabah.

Beliau berkata membangun sebuah parti yang kuat bukan semata-mata tentang strategi dan visi, tetapi juga tentang bagaimana bekerja setiap hari.

Justeru, katanya, budaya kerja Gagasan Rakyat harus mencerminkan nilai-nilai kejujuran, ketekunan dan komitmen.

“Kita mesti memastikan bahawa setiap ahli parti mengamalkan etika kerja yang tinggi, berorientasikan hasil, dan mementingkan kepentingan rakyat. Dengan menekankan pentingnya integriti dan kecemerlangan dalam setiap aspek kerja kita, kita akan membina sebuah parti yang dihormati dan dipercayai oleh rakyat Sabah.

Masidi menegaskan Gagasan Rakyat tidak hanya memperjuangkan hak Sabah di peringkat nasional, tetapi juga memastikan bahawa setiap keputusan dan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Presiden parti, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, merangkap Ketua Menteri Sabah, memenuhi keperluan dan harapan rakyat Sabah.

Katanya Konsep ‘Sabah First’ bukan sekadar slogan, tetapi manifestasi dari komitmen kita untuk memastikan kepentingan Sabah sentiasa diutamakan.

“Sebagai parti lokal, PGRS harus berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, memastikan bahawa suara mereka didengar dan aspirasi mereka direalisasikan,” kata Masidi..